awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK

Astro Arena
Astro Arena
22/09/2023
02:00 MYT
UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Eropah (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.
LASK 1 LIVERPOOL 3
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Eropah (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.
Pasukannya bangkit daripada ketinggalan buat kali keempat dalam enam perlawanan terakhir dan jaringan daripada Darwin Nunez, Luis Diaz dan pemain gantian, Mohamed Salah, memastikan kemenangan ke-50 pengurus berbangsa Jerman itu bersama kelab berkenaan -- mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Rafael Benitez.
"Biar saya katakan seperti ini, jika saya masih mempunyai 50 kemenangan sahaja selepas peringkat kumpulan ini, kemudian saya masih menjadi pengurus Liverpool paling banyak menang di Eropah, semua orang akan membencinya," kata Klopp.
The boss making Reds history tonight pic.twitter.com/A3uNmA1RvS
— Liverpool FC (@LFC) September 21, 2023
"Ia rekod kemenangan terbanyak tetapi semua orang tidak menggemarinya.
"Jadi, amat baik apabila kami memenangi banyak perlawanan di Eropah tetapi lebih baik jika kami menang sebanyak itu dan kerap layak ke final.
"Ia sesuatu yang baik tetapi mungkin cuma kerana kejohanan kini memiliki lebih banyak perlawanan berbanding sebelumnya," katanya.
Klopp melakukan 11 pertukaran barisan permulaannya dalam perlawanan kali ini dan Liverpool kelihatan bergelut pada awal permainan.
LASK, dalam perlawanan terbesar sepanjang sejarah mereka, memanfaatkan sepenuhnya kelemahan itu dan menjaringkan gol pembukaan menerusi Florian Flecker susulan satu gerakan sepakan penjuru. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Liverpool
#liga eropah
#UEL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan