awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight

Haider Yutim
Haider Yutim
07/03/2021
05:23 MYT
UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Kemenangan terbaharu ini melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut. - Foto Instagram/@UFC
Selepas mempamerkan skil ‘ground game’ yang memberangsangkan, petarung MMA Rusia, Islam Makhachev membuktikan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berdepan petarung terbaik di UFC.
Dalam aksi UFC 259 sebentar tadi, jaguh kelahiran Dagestan itu berjaya menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi ‘submission’ pada pusingan ketiga.
Makhachev dilihat mendominasi lawannya pada pusingan pertama melalui kemahiran ‘jiu-jitsu’ yang tinggi, serta hampir mengunci Dober dengan ‘arm-bar’.
Bagaimanapun, Dober berjaya melepaskan diri di saat akhir pusingan tersebut.
Pusingan kedua menyaksikan Makhachev melakukan beberapa ‘take down’ terhadap Dober, sekali lagi membawa pertarungan ke lantai Octagon.
Pada pusingan ketiga, Dober yang sudah kehabisan tenaga, akhirnya menyerah kalah apabila Makhachev melakukan kuncian ‘arm-triangle choke’ pada minit 1:37.
Keputusan itu turut melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut.
Dalam temu bual selepas perlawanan, Makhachev, 29, menyatakan dia sudah bersedia untuk menerima cabaran dari petarung terbaik dari divisyen lightweight.
Dia juga menyasarkan untuk bersaing bagi merebut kejuaraan tahun depan.
“Awal 2022 nanti, saya akan bertarung untuk kejuaraan,” katanya.
Makhachev juga merupakan bekas juara dunia gusti sambo dan rakan sepasukan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.
Dia juga dilatih oleh Khabib yang turut menjadi ‘cornerman’ untuk pertarungan ini.
Topic Berkaitan
#Islam Makhachev
#UFC
#UFC 259
#Drew Dober
#arm triangle choke
#MMA
#Mixed Martial Arts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan