awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 261: Kamaru Usman tumbangkan Masvidal, kekalkan kejuaraan welterweight

Haider Yutim
Haider Yutim
25/04/2021
04:47 MYT
UFC 261: Kamaru Usman tumbangkan Masvidal, kekalkan kejuaraan welterweight
Kamaru Usman sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas menumpaskan pencabarnya, Jorge Masvidal dalam acara utama UFC 261. - Foto Instagram/@ufceurope
KAMARU Usman sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas menumpaskan pencabarnya, Jorge Masvidal dalam acara utama UFC 261, pada Ahad.
‘The Nigerian Nightmare’ itu mengejutkan peminat di VyStar Veterans Memorial Arena, Florida, Amerika Syarikat dengan menundukkan Masvidal menerusi ‘knock out’ pada minit 1:02 pusingan kedua.
Tumbukan kanan deras oleh Usman ke muka Masvidal telah merebahkan petarung Amerika Syarikat itu ke lantai Octagon.
Usman kemudiannya melancarkan beberapa lagi siri tumbukan, sebelum pengadil Herb Dean mencelah dan menghentikan pertarungan, sekali gus mengisytiharkan Usman sebagai pemenang dan juara bertahan.
Ini merupakan kali keempat petarung kelahiran Nigeria itu mempertahankan kejuaraanya dan kali kedua bertemu Masvidal.
Selain Masvidal, Usman, 33, sebelum ini telah pun menewaskan Gilbert Burns dan Colby Covington dalam pertarungan merebut kejuaraan dan kesemua pertarungan tersebut diadakan dalam tempoh 13 bulan.
Dengan keputusan terbaharu ini, Usman kini memegang rekod profesional MMA sebanyak 19 kemenangan dengan satu kekalahan (19 - 1).
Sebagai rekod, ini merupakan pertama kali selepas 13 bulan, acara UFC diadakan di hadapan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh.
Masvidal knocked out cold by Usman. #UFC261 pic.twitter.com/wyjnQu4nCa
— Haider Yutim (@hyder_yutim) April 25, 2021
Topic Berkaitan
#Kamaru Usman
#Jorge Masvidal
#UFC 261
#UFC
#MMA
#Mixed Martial Arts
#Florida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan