SUKAN
Undian buka peluang buat Jun Hao, Letshanaa di Kejohanan Dunia

Letshanaa (kiri) dan Jun Hao menggalas cabaran negara di Kejohanan Dunia di Paris pada hujung bulan ini. - Gambar fail/Sinar Harian
PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Negara, Kenneth Jonassen, menyifatkan undian Leong Jun Hao dan K Letshanaa di Pusingan 64 Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis, sebagai peluang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.
Dalam kejohanan di Adidas Arena yang bermula 25 Ogos ini, pemain ranking ke-25 dunia, Jun Hao, akan berdepan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi (ranking ke-147), manakala Letshanaa, ranking ke-40 dunia, akan bertemu pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta (ranking ke-77).
“Secara keseluruhan, undian ini sangat baik kerana kami boleh sahaja bertemu pemain pilihan utama pada perlawanan pertama.
“Semua aksi pusingan pertama memang mencabar tetapi peluang kali ini cukup cerah asalkan kita bermain pada tahap terbaik,” katanya kepada Sukan Sinar.Jelas Jonassen, baki kira-kira 10 hari menjelang kejohanan akan dimanfaatkan untuk memperhalusi persiapan, termasuk sesi latihan di Malaysia dan kem latihan di Denmark minggu depan.
Sementara itu, mengenai perkembangan pemain muda negara, Justin Hoh, Jonassen berkata, momentum pemain berusia 21 tahun berkenaan berada pada tahap terbaik selepas Terbuka Macau.
“Dia kembali menjalani latihan dengan motivasi, keyakinan dan keinginan lebih kuat untuk meningkatkan prestasi.
“Justin juga akan menyertai kem latihan di Denmark bagi menambah pengalaman dan motivasi,” katanya.
INFO
KEJOHANAN DUNIA PARIS 2025
(Adidas Arena, Paris - 25 hingga 31 Ogos)
25 Ogos (Isnin)
Pusingan 64
Perseorangan Lelaki
Lee Zii Jia lwn Jeon Hyeok Jin (Korea Selatan)
Beregu Lelaki
Wan Arif Shaharuddin Wan Junaidi -Yap Roy King lwn Hiroki Okamura-Kenya Mitsuhashi (Jepun)
26 Ogos (Selasa)
Pusingan 64
Perseorangan Lelaki
Leong Jun Hao lwn Tobias Kuenzi (Switzerland)
Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei lwn (14) Gao Fang Jie (China)
K Letshanaa Karupathevan lwn Saloni Samirbhai Mehta (Hong Kong)
Pusingan 32
Beregu Lelaki
Man Wei Chong-Tee Kai Wun (7) lwn Christo Popov-Toma Junior Popov atau Keith Mark Edison-Jack Yu (Australia)
27 Ogos (Rabu)
Pusingan 32
Beregu Lelaki
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (2) lwn Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo (Sepanyol) atau Christopher Grimley-Matthew Grimley (Scotland)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (3) lwn Chen Zhi Yi-Presley Smith (Amerika Syarikat) ATAU P Sukphun-P Teeraratsakul (Thailand)
Beregu Wanita
Pearley Tan-M Thinaah (2) lwn Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan (Hong Kong) atau Chloe Brand-Julie Franconville (Switzerland)
Goo Pei Kee-Teoh Mei Xing (16) lwn Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (Bulgaria) ATAU Rutaparna Panda-Swetaparna Panda (India)
Beregu Campuran
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (4) lwn Leong Lok Chong-Ng Wen Chi (Macau) atau Rohan Kapoor -Ruthvika S. Gadde (India)
Goh Soon Huat-Shevon Lai (6) lwn P Teeraratsakul-P Muenwong (Thailand) atau Julien Maio-Lea Palermo (Perancis)
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin (15) lwn Malik Bourakkadi-Leona Michalski (Jerman) atau Jahid Alhasanov-Hajar Nuriyeva (Azerbaijan)
* Nombor dalam kurungan merupakan pemain pilihan kejohanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami