PHNOM PENH: Penantian 64 tahun Kemboja untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA berakhir dengan upacara perasmian temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu bertemakan 'Sports: Live In Peace' berlangsung dalam suasana yang cukup gah dan penuh meriah di sini malam ini.
Kemboja menyajikan persembahan serta pertunjukan bunga api yang memukau dan penuh warna-warni di Stadium Nasional Morodok Techo dibina khusus bagi penganjuran sukan berprestij itu seminggu selepas acara pertama iaitu kriket membuka tirai Sukan SEA 2023.
Ekstravaganza sukan yang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei itu dimulakan dengan hitungan daripada 10 hingga satu selepas kira-kira 75,000 penonton dihiburkan dengan pelbagai persembahan penyanyi, penari dan artis terkenal Kemboja untuk menyerikan lagi detik bersejarah penganjuran sukan serantau itu.
Sejurus selepas itu, upacara diteruskan dengan perarakan membawa bendera Kemboja oleh 64 kanak-kanak sebagai simbolik penantian 64 tahun republik itu untuk menjadi tuan rumah edisi ke-32 Sukan SEA disusuli nyanyian lagu kebangsaan yang 'menggegarkan' stadium tersebut.
Penonton turut dihiburkan dengan beberapa Perarakan Kebangsaan Kemboja berkisarkan sejarah negara itu dalam pelbagai era yang berlangsung kira-kira sejam.
Mereka turut memberikan tepukan gemuruh kepada 11 negara yang mengambil bahagian semasa atlet dan pegawai berarak memasuki stadium itu mengikut abjad bermula dengan Brunei manakala Malaysia adalah yang kelima membuat kemunculan.
Kontinjen Malaysia diwakili delegasi seramai 42 orang termasuk pembawa Jalur Gemilang R. Sharmendran, Chef de Mission Datuk Mohd Nasir Ali serta dua timbalannya iaitu Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee selain skuad petanque negara.
Batik Malaysia dipilih sebagai pakaian rasmi perarakan itu kerana ia melambangkan identiti dan budaya negara.
Warna biru yang digayakan oleh atlet serta pegawai lelaki melambangkan keharmonian dalam arena sukan sebagai tanda kesediaan untuk turun ke gelanggang dengan semangat kesukanan yang tinggi manakala warna merah yang dipakai oleh atlet wanita pula menggambarkan keberanian serta semangat jitu dalam memburu kemenangan.
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kemudian mengisytiharkan pembukaan rasmi edisi ke-32 Sukan SEA sejurus bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara dinaikkan dan lafaz ikrar oleh wakil atlet serta pengadil pertandingan.
Ini diikuti dengan upacara menyalakan obor oleh pemenang pingat emas acara Taekwondo Sukan Asia di Incheon pada 2014 iaitu Sorn Seavmey disusuli pertunjukan bunga api yang menerangi langit malam Phnom Penh.
Sukan SEA bakal menjadi landasan para atlet negara untuk bertanding di Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini ditunda dan dijadualkan semula pada September 2023 sebelum meneruskan misi negara ke Paris 2024 untuk membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik.
Malaysia telah meletakkan sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa bagi memadam pencapaian negara pada edisi terdahulu sukan itu di Hanoi, Vietnam yang mengutip 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Sejumlah 581 pingat emas daripada 37 sukan termasuk teqball akan dipertanding dalam temasya yang berlangsung di Phnom Penh serta empat wilayah lain iaitu Siem Reap, Sihanoukville, Kampot dan Kep dengan kira-kira 6,200 atlet mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Kontinjen Malaysia berarak dengan berpakaian baju batik sebagai pakaian rasmi pada majlis pembukaan Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh hari ini. - BERNAMA
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
AWANI Ringkas: Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.