PHNOM PENH: Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar tetap berjaya mempertahankan emas lompat kijang lelaki pada Sukan SEA 2023, di sini hari ini, walaupun baru sahaja pulih daripada kecederaan tumit, baru-baru ini.
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo, hari ini.
Pingat perak dimenangi wakil Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay (15.74m) dan rakan sepasukannya, Mark Harry Aloto Diones pula merangkul gangsa (15.70m).
Atlet dari Sabah itu mengakui lega apabila dapat juga memenangi emas biarpun baru sahaja mula melompat semalam selepas menjalani proses pemulihan susulan kecederaan dialaminya dua minggu lepas.
"Hampir dua minggu saya tak lakukan sebarang teknik lompatan dan terpaksa berehat seketika untuk pulihkan tumit saya, sedikit tekanan bagi saya tapi bukan daripada lawan namun cabaran untuk lawan kecederaan.
"Sebelum ini hanya jalani latihan di gimnasium namun semalam baru mula lompat untuk ambil feel dan dapat rentak sebelum bersaing hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Biarpun tidak berjaya melunaskan misi meleburkan rekod dipegang Muhammad Hakimi Ismail, 16.77m, dilakukan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, namun Andre tetap gembira dapat memastikan emas acara lompat kijang kekal di pangkuan Malaysia sejak 2015 di Singapura.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan lompatan sejauh 15.38m.
Bagi aksi balapan pula, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari berjaya menyumbang gangsa 800m lelaki menerusi catatan 1 minit dan 53.86 saat (s) di belakang pemenang emas yang juga atlet tuan rumah, Chhun Bunthorn (1:52.91s) dan perak diraih Duc Phuoc Luong dari Vietnam (1:53.34s).
Kategori wanita pula menyaksikan dua atlet negara, Savinder KaurJogindr Singh (2:15.77s) dan Hizillawanty Jamain (2:16.92s) masing-masing menamatkan saingan di tempat keenam dan ketujuh.
Emas disambar atlet Vietnam Nguyen Thi Thu Ha (2:08.55s) diikuti seorang lagi wakil negaranya, Thi Ngan Bui (2:08.96s) yang meraih perak dan gangsa dimiliki atlet Singapura Chui Ling Goh (2:09.15s).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar tetap berjaya mempertahankan emas lompat kijang lelaki pada Sukan SEA 2023, di sini hari ini, walaupun baru sahaja pulih daripada kecederaan tumit, baru-baru ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.