awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usain Bolt umum bermain untuk Soccer Aid, bukan saingan kompetitif

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
27/02/2018
08:22 MYT
Usain Bolt umum bermain untuk Soccer Aid, bukan saingan kompetitif
Usain Bolt mengumumkan beliau akan bermain bola sepak dalam perlawanan amal Soccer Aid. - Foto REUTERS/Kai
LEGENDA olahraga, Usain Bolt mengumumkan beliau akan bermain bola sepak dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal, Soccer Aid.
Soccer Aid merupakan acara amal yang diadakan dua tahun sekali di United Kingdom, mengumpul dana untuk UNICEF UK.
Perlawanan tersebut akan diadakan di stadium Old Trafford milik Manchester United pada 10 Jun dan salah seorang pemain yang terlibat adalah penyanyi Britain, Robbie Williams.
Excited to announce that I will be playing in @socceraid for @UNICEF_uk 2018 at Old Trafford on Sunday 10th June. Make sure you're ready @robbiewilliams! pic.twitter.com/t2sDB1iLP8
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) February 27, 2018
Pengumuman itu nyata di luar jangkaan orang ramai yang menjangkakan bekas jaguh pelari pecut itu akan bermain secara kompetitif selepas membuat pengumuman setuju dengan perjanjian sebuah pasukan bola sepak melalui sebuah muat naik di media sosial pada 25 Februari.
Sejurus pengumuman itu, kelab Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns memberi petanda bahawa Bolt akan menyertai pasukan itu dan berganding dengan Jeremy Brockie yang menyertai kelab itu pada Januari dari kelab Liga A Australia, All Whites.
Bekas pelari pecut berusia 31 tahun itu menamatkan kerjayanya selepas Kejohanan Dunia IAAF 2017 di London, kerap menyatakan minatnya terhadap bola sepak.
Sebelum ini, Bolt mendedahkan dia akan mengadakan sesi percubaan dengan Borussia Dortmund pada bulan depan.
Topic Berkaitan
#Borussia Dortmund
#IAAF
#Manchester United
#Old Trafford
#Olympic
#Robbie Williams
#Soccer Aid
#UNICEF
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan