Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bangkit selepas ketinggalan set pertama sebelum mengesahkan slot separuh akhir di kejohanan badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.
Pada perlawanan suku akhir, V Shem-Wee Kiong tersentak dengan kekalahan 12-21 set pertama tetapi tampil lebih agresif untuk menyingkirkan juara dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China dengan 21-18 dan 21-18 dalam pertarungan sengit selama sejam.
Menanti mereka di pusingan separuh akhir ialah beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin yang menewaskan rakan senegara, Liao Min Chun-Su Ching Heng, 21-19 21-19.
"Set pertama tadi, mereka main sangat cepat dan kami lambat bertindak, selepas itu kami cuba ubah strategi dengan melakukan banyak serangan dan tingkatkan kelajuan untuk menang perlawanan ini.
"Penonton juga banyak bantu kami berikan semangat walaupun kami kalah set pertama, sokongan itu menaikkan semangat kami supaya tidak putus asa, terima kasih kepada semua," kata V Shem kepada pada pemberita selepas perlawanan itu.
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat - Shevon Jemie Lai turut mengikut jejak mereka ke separuh selepas menewaskan rakan senagara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan straight set 21-14, 21-15 pada saingan suku akhir.
"Bagi saya, jumpa rakan sepasukan lebih susah kerana mereka sudah tahu kelebihan dan kekurangan kami. Mungkin pada perlawananan tadi kami beraksi lebih baik," kata Shevon.
Soon Huat pula berkata mereka tidak mahu cepat berasa selesa dengan kejayaan itu dan berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan itu sehingga ke final.
Cabaran mereka selepas ini lebih sukar apabila perlu menentang beregu pilihan kedua, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong yang menewaskan satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, 21-13, 21-16 dalam satu lagi perlawanan yang sama.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei gagal meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas ditunjukkan jalan keluar pada suku akhir oleh pemain nombor empat dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.
Jin Wei memberi saingan sengit pada set pertama sebelum menang 23-21 tetapi melakukan banyak kesilapan pada dua set berikutnya sebelum akur dengan kekalahan 6-21, 10-21.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018
Goh V Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong ketika perlawanan menentang Denmark semasa Terbuka Denmark di Odense, Denmark, Oktober 2016. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.