awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

V Shem-Wee Kiong mara final Terbuka Thailand Yonex

Bernama
Bernama
16/01/2021
13:44 MYT
V Shem-Wee Kiong mara final Terbuka Thailand Yonex
Beregu profesional negara itu, satu-satunya wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan berkenaan.
KUALA LUMPUR:Bekas beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke final pertama sejak November 2019 selepas menewaskan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-10 dalam perlawanan separuh akhir, Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Impact Arena di Bangkok hari ini.
Beregu profesional negara itu, satu-satunya wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan berkenaan, hanya memerlukan 29 minit untuk menundukkan beregu muda Indonesia tersebut dan mereka akan berdepan pasangan nombor tujuh dunia Lee Yang-Wang Chi-Lin pada perlawanan akhir esok.
Gandingan Taiwan itu terpaksa berhempas pulas sebelum menyingkirkan pasangan nombor lapan dunia Choi Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 15-21, 21-14, 21-14 dalam perlawanan separuh akhir yang lain.
Wee Kiong menyifatkan kemenangan hari ini sebagai rangsangan besar bagi mereka selepas bergelut untuk meraih pendapatan pada tahun lalu berikutan pembatalan beberapa kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akibat pendemik COVID-19.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penaja mereka, Yonex dan Top Glove, yang menyalurkan bantuan kewangan dan peralatan supaya mereka dapat terus bermain.
Topic Berkaitan
#beregu kebangsaan
#terbuka thailand yonex
#Goh V Shem-Tan Wee Kiong
#MARA
#final
#akhir
#menewaskan
#beregu indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan