awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018

Agensi
Agensi
19/04/2018
21:50 MYT
VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
VAR akan digunakan buat kali pertama dalam Piala Dunia pada musim panas ini. --fotoBERNAMA
Video bantuan pengadil (VAR) sah akan ditayangkan di skrin besar pada Piala Dunia Rusia 2018 walaupun pelbagai kritikan negatif diberikan terhadap penggunaannya dalam liga-liga tempatan.
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan tetapi pada Piala Dunia akan datang, penyokong dan pemain boleh melihat dan memahami keputusan pengadil.
Menurut satu kenyataan badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA, pada Rabu, tayangan itu hanya akan ditunjukkan di skrin besar selepas keputusan dibuat agar pihak pengadilan tidak dipengaruhi dengan tindakan penyokong.
Keputusan diambil FIFA sehari selepas komen daripada presiden badan bola sepak Eropah, UEFA, Aleksander Ceferin, yang mengatakan VAR perlu diuji secara menyeluruh sebelum dilaksanakan dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Namun, Ketua Bahagian Pengadilan FIFA dan bekas pengadil Piala Dunia, Pierluigi Collina menjelaskan, sistem itu adalah bagi mengenal pasti kesalahan besar dan jelas.
“Persoalan mengenai sistem pengadilan dan teknologi dalam perlawanan tidak sepatutnya timbul. Matlamat VAR bukan untuk melihat kesalahan-kesalahan yang kecil,” jelas beliau.
BACA: FAM tunggu Piala Dunia 2018 untuk laksana teknologi VAR
Teknologi VAR yang kian luas digunakan sering dikritik dalam beberapa liga Eropah seperti di England, Jerman, dan Itali.
Piala Dunia Rusia akan berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai, 2018.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#bola sepak
#EPL
#eropah
#FAM
#FIFA
#gol
#penyokong
#Piala Dunia 2018
#Rusia
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan