PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui dia bukan peminat video pembantu pengadil (VAR) apabila beranggapan teknologi itu merumitkan keadaan selepas Spurs mendapat manfaat daripada kesilapan pegawai perlawanan ketika menentang Liverpool, baru-baru ini.
Kumpulan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Ltd sebelum itu mengakui keputusan pegawai pertandingan adalah tidak tepat apabila tidak membenarkan gol pemain sayap Liverpool, Luis Diaz pada separuh masa pertama perlawanan ketika Tottenham menang 2-1 di Stadium Tottenham Hotspurs, apabila menyifatkannya sebagai kesilapan manusia.
“Sejujurnya saya bukan benar-benar peminat VAR sejak pertama kali ia muncul.
“Bukan atas sebab lain selain yang saya fikir ia merumitkan permainan bola sepak yang saya fikir agak jelas pada masa lalu. Tetapi saya dapat melihat pada masa sama mengapa teknologi tidak dapat dielakkan untuk masuk arena sukan ini.
“Namun kita juga perlu menanganinya kerana permainan ini dipenuhi dengan sejarah keputusan pengadil yang tidak betul, tetapi kami semua menerima bahawa ia adalah sebahagian daripada permainan kerana kami berurusan dengan manusia,” kata Postecoglou.
Postecoglou, yang sebelum ini menguruskan kelab Liga Perdana Scotland, Celtic, memberitahu bahawa pendokong berada dalam tanggapan salah apabila menyifatkan teknologi tersebut bebas kesilapan.
“Saya percaya tiada keperluan kebergantungan penuh terhadap sebarang teknologi kerana banyak permainan kami tidak berfakta apabila bergantung kepada tafsiran.
“Apabila anda meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu, ia selalunya akan gagal, seperti ketika orang berfikir bahawa VAR akan menjadi penyelesaian sempurna kepada sesuatu masalah, namun sebenarnya itu tidak akan berlaku,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Ange Postecoglou bertepuk selepas tamat perlawanan EPL antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates, London, England, 24 Sept 2023. - Gambar fail AP
1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
“Adik berusia 17 tahun boleh fikir tentang keadaan calon SPM tahun hadapan” - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah berkongsi rasa sedih dan kesal tentang pelajar mangsa banjir yang perlu meneruskan peperiksaan SPM. “Menteri patut mendengar dan memahami keadaan calon yang terkesan” katanya.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan.
Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Jho Low mengenai transisi TIA kepada 1MDB.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti cadangan bina tebing tinggi atasi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan
Hampir semua pengurus pasukan EPL menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan VAR menggunakan mikrofon untuk makluman peminat.
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.