awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VAR tidak sempat digunakan pada aksi separuh akhir Piala FA

Bernama
Bernama
06/06/2023
10:30 MYT
VAR tidak sempat digunakan pada aksi separuh akhir Piala FA
SIVASUNDARAM: Latihan pengadil (untuk teknologi ini) akan dijalankan bermula Jun hingga November ini, mereka perlukan enam bulan latihan. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Teknologi video bantuan pengadil (VAR) tidak sempat untuk dilaksanakan pada aksi separuh akhir Piala FA yang dijadual berlangsung pada akhir Jun ini.
Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata ini kerana pengadil dan penolong pengadil perlu menjalani latihan selama enam bulan bermula pertengahan Jun, sebelum teknologi itu boleh digunakan untuk mana-mana perlawanan.
Bagaimanapun, katanya peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan pelaksanaan VAR pada aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia 2023 pada Ogos ini.
"Latihan pengadil (untuk teknologi ini) akan dijalankan bermula Jun hingga November ini, mereka perlukan enam bulan latihan.
"Mungkin harapan kita (untuk gunakan VAR) pada semi final atau final Piala Malaysia," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kelapan Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini hari ini.
FAM sebelum ini memaklumkan teknologi VAR akan digunakan pada beberapa perlawanan penting termasuk aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia serta Piala FA tahun ini.
Namun, aksi separuh akhir Piala FA kali ini yang melibatkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), manakala Terengganu FC (TFC) menentang Kuala Lumpur City (KL City) dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini.
Terdahulu, Sivasundaram berkata hasil mesyuarat hari ini memutuskan 20 pengadil dan 10 penolong pengadil daripada Kategori A dan A1 dipilih untuk latihan berkenaan sebelum ditauliah sebagai pengadil VAR pada tahun ini.
Beliau berkata latihan yang akan tertumpu kepada latihan pengadil, simulator VAR, latihan perlawanan secara langsung, pengiktirafan teknologi VAR dan pengiktirafan stadium yang menggunakan VAR.
"Untuk VAR ini kami telah berada di peringkat akhir dan ia dilaksanakan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL)...FAM dan MFL telah menghubungi lima syarikat pembekal teknologi VAR untuk Liga Malaysia," katanya.
Sementara itu, FAM hari ini turut mengumumkan kerjasama bersama syarikat pengeluar minuman tenaga, Extra Joss sebagai rakan penaja terbaharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VAR
#separuh akhir Piala FA
#Video Bantuan Pengadil
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan