awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Velodrom Azizulhasni Awang bernilai RM12 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2018
13:09 MYT
Velodrom Azizulhasni Awang bernilai RM12 juta
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (kanan) bersama jaguh sukan berbasikal trek Negara Mohd Azizulhasni Awang (dua, kiri) dan Fatehah Mustafa (kiri) menunjukkan pelan cadangan Kompleks Velodrom Azizulhasni. - fotoBERNAMA
Velodrom berbasikal negeri Terengganu bernilai RM 12 juta yang akan dibina tidak lama lagi akan dinamakan sebagai velodrom Azizulhasni Awang.
Nama itu ditetapkan sempena mengenang jasa jaguh berbasikal bertaraf dunia yang berasal dari Dungun itu dan membangkitkan semangat supaya sukan berbasikal berterusan melakar kecemerlangan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, Velodrom tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa.
"Dari segi spesifikasi teknikalnya Velodrom ini akan mempunyai trek utama sepanjang 333 kilometer.
"Rekabentuk diambil dari rekaan "roubaix" yang membolehkan laluan masuk dari lebuhraya terus ke velodrom.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melihat rekabentuk yang terbaik untuk membolehkan perlumbaan dari lebuhraya tamat di dalam velodrom," katanya selepas menyempurnakan acara meletak batu asas tapak velodrom berkenaan, di Balai Besar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembinaan projek berkenaan dijangkakan siap pada penghujung 2019.
"Tender akan dikeluarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri atau selepas itu dan kerja pembinaan akan dimulakan selepas itu.
"Kerja pembinaan dijangkakan mengambil masa selama 18 bulan.
"Sebaik sahaja siap, kementerian belia dan sukan akan menaja satu perlumbaan bertaraf antarabangsa di velodrom ini,"katanya.
Topic Berkaitan
#azjzul hasni awang
#Hari Raya Aidilfitri
#Jabatan Kerja Raya
#Khairy Jamaluddin Abu Bakar
#Menteri Belia dan Sukan
#velodrom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan