KUALA LUMPUR: Kehangatan pertemuan Malaysia dan Bangladesh dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 malam ini turut dimeriahkan dengan beberapa rakaman video memaparkan gelagat penyokong Bangladesh di negara ini.

Antaranya ialah salah seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan yang pada awalnya mengatakan Malaysia akan menang.

Namun selepas menyedari Malaysia menentang negara kelahirannya, pemuda tersebut mengatakan Bangladesh akan menang perlawanan malam ini.

"Malaysia menanglah. Mestilah Malaysia Menang. Siapa main ini hari? Eh Bangladesh menang bukan Malaysia. Bangladeshlah," kata warga Bangladesh tersebut sambil ketawa.

Selain itu satu lagi video yang tular adalah seorang pekerja warga Bangladesh yang sangat yakin negaranya akan menang dan berjanji mahu membelanja ketuanya.

"Malam ini ada perlawanan bola sepak Bangladesh lawan Malaysia. Malam ini pasti Bangladesh menang. Mesti menang 2-0. Kalau malam ini Bangladesh menang, esok saya belanja bos," kata pemuda bernama Mamu itu.

Dua video tersebut antara yang tular di media sosial sejak petang Selasa beberapa jam sebelum perlawanan Malaysia menentang Bangladesh.