KUALA LUMPUR: Vietnam belum membuat sebarang keputusan mengenai status penganjuran Sukan SEA ke-31, yang sepatutnya berlangsung bermula dari 21 Nov hingga 2 Dis tahun ini, di sebalik pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda akan reda.
Setelah dua minggu selepas cadangan Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) agar temasya dwitahunan itu ditangguhkan sehingga Mei atau Jun 2022 ditolak, VOC sekali lagi mengadakan mesyuarat dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara maya hari ini namun, tanpa sebarang kata putus.
Yang pasti, VOC kini memohon tempoh dua minggu lagi sebelum mesyuarat secara maya ditetapkan pada 8 Julai depan untuk mendapat pengesahan daripada kerajaan Vietnam mengenai nasib Sukan SEA Hanoi.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, dalam mesyuarat hari ini, VOC sekali lagi mencadangkan dua pilihan iaitu sama ada untuk menganjurkan Sukan SEA pada akhir tahun ini atau menangguhkannya pada pertengahan tahun 2022.
"Sehingga hari ini, VOC belum mendapat pengesahan dari kerajaan...Lapan daripada 11 negara anggota, termasuk Malaysia masih membantah cadangan untuk menunda temasnya itu ke tahun depan atas pelbagai alasan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
"Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi dalam tempoh dua minggu lagi, apa pun keputusan yang diperoleh VOC dari kerajaan kelak, (ia) mesti disampaikan kepada Majlis SEAGF yang dianggotai 11 presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang terlibat, untuk menyokong keputusan tersebut," tambahnya.
Ditanya kemungkinan Sukan SEA ditunda sehingga ke 2023, dan Kemboja diberikan hak untuk menjadi tuan rumah edisi 2025, Mohamad Norza kelihatan agak pesimis kerana menurutnya Kemboja sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah edisi 2023, sementara Thailand untuk edisi 2025.
Beliau berkata penyelesaian hanya dapat dibincangkan setelah mendapat keputusan muktamad dari Vietnam.
Mohamad Norza sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan penangguhan itu memandangkan atlet negara bakal mengharungi kalendar sukan yang padat seperti penyertaan di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dari 4 hingga 20 Feb, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai-8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10-25 Sept).
Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan SEA selepas kali pertama pada edisi 2003, dan telah menyenaraikan 520 acara dari 40 sukan untuk Sukan tahun ini.
Pertama kali temasya sukan dwitahunan dibatalkan adalah pada 1963, apabila Kemboja tidak dapat menjadi tuan rumah kepada kejohanan acara pelbagai sukan itu berikutan ketidakstabilan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Lapan daripada 11 negara termasuk Malaysia masih membantah cadangan untuk menunda temasnya itu ke tahun depan atas pelbagai alasan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.