awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024

Bernama
Bernama
26/02/2024
08:55 MYT
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching berjaya mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut, pada perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada Ahad. -Facebook
KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching, berjaya mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut, pada perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada Ahad.
Lebih manis, Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas dengan melakukan larian 108 tingkat, melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 43 saat (s), tiga saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Tempat kedua diraih atlet Jepun Ryoji Watanabe yang turut mencatat masa sama dengan Wai Ching, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet tuan rumah Jason Larson yang menamatkan larian dengan 8:28s.
"Saya gembira untuk ulangi kemenangan buat kali ketiga!," kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya.
Pada 2022 dan 2023 Wai Ching mengungguli kejohanan berkenaan dengan catatan masing-masing 6:46s.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#perlumbaan menaiki anak tangga bangunan
#Scale the Strat
#Las Vegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan