PETALING JAYA: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi sejak awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 25 tingkat yang mempunyai 552 anak tangga dengan masa terpantas satu minit 49 saat (s) sekali gus memperbaharui rekod dicatatnya pada tahun lepas (1:57s).
Lebih manis, kejayaan Wai Ching diiringi kemenangan anak buahnya, Muhammad Hazim Zuhairi Azahari yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan masa 2:05 s manakala tempat ketiga milik atlet Taiwan Ching Chun Lo (2:16s).
"Hari ini pertandingan agak sengit sebab ada pelari no 10 dari Taiwan sertai kejohanan masuk dan anak buah saya yang sekarang ini ranking nombor 12 dunia. Mereka berdua ini bagi tentangan sebab menara ini rendah 25 tingkat.
"Keseluruhannya, saya puas hati sebab dapat buat masa yang terbaik. Tapi saya rasa masa itu boleh lagi cepat sebab tadi, ketika lima tingkat terakhir, saya dah mula perlahan," katanya kepada Bernama.
Ditanya prestasi Muhammad Hazim, Wai Ching nyata berbangga dengan pencapaian pelari tersebut selepas berjaya menewaskan pencabarnya yang mempunyai ranking yang lebih tinggi.
"Ini satu tanda sangat baik dan harap dia cemerlang dalam sukan ini. Harap pada hujung tahun ini, dia boleh duduki lima teratas ranking dunia satu hari nanti supaya saya ada pengganti yang boleh meneruskan sukan ini," katanya.
Sementara itu, kategori wanita terbuka menyaksikan pelari menara negara, Nurul Juliana Shakira Abdul Halim muncul juara selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa tiga minit menewaskan rakan senegara yang juga juara edisi lepas, Tan Bee Kiang (3:03s).
Tempat ketiga dimenangi seorang lagi pelari negara Valerie Sarah Ong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3:16 s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024
Wai Ching berjaya menawan menara setinggi 25 tingkat yang mempunyai 552 anak tangga dengan masa terpantas satu minit 49 saat (s). - Gambar/ Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.
Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.
Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.
Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.
Wai Ching tawan Menara Spinnaker di Portsmouth, UK
Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga Menara Spinnaker setinggi 170 meter.