awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walcott cetak gol ke-100 bersama Arsenal untuk singkirkan Sutton

Astro Arena
Astro Arena
21/02/2017
03:09 MYT
Walcott cetak gol ke-100 bersama Arsenal untuk singkirkan Sutton
Walcott menjadi satu-satunya pemain The Gunners yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir EFL dan Piala FA. - AP
THEO WALCOTT menjadi pemain Arsenal yang ke-18 merakamkan 100 gol bersama Arsenal dalam kemenangan 2-0 ke atas Sutton United dalam aksi pusingan kelima Piala FA, awal pagi tadi.
Peggempur England itu yang sebelum ini meledak hatrik ketika berdepan bekas kelabnya, Southampton, dalam pusingan keempat, tenang menyudahkan peluang yang terhidang dari jarak dekat untuk melebarkan kedudukan kepada 2-0 di awal babak kedua.
Jaringan itu juga merupakan gol yang ke-15 peribadinya musim ini, secara tidak langsung menjadikan musim ini sebagai sentuhan prolifik keduanya selepas musim 2012-13, yang menyaksikan Walcott mengumpul 21 gol.
Secara keseluruhan, Walcott sudah pun mencetak 63 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal, 11 gol dalam Piala FA dan sembilan gol untuk Piala Liga Inggeris (EFL).
Dia turut mencatatkan hatrik dalam semua saingan utama England selain menjadi satu-satunya pemain The Gunners yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir EFL dan Piala FA.
Baki gol yang pernah disumbatnya pula menerusi aksi dalam Liga Juara-Juara, manakala Robin van Persie (64) memiliki rekod lebih baik untuk mengatasi 50 gol yang dijaringkannya di Stadium Emirates.
Bagaimanapun, pencapaian itu dianggap perlahan kerana ia hanya berjaya dirakamkan selepas dia mengharungi 373 perlawanan.
Rekod jaringan yang dilakukan Ted Drake adalah yang terpantas kerana mampu melakukannya dengan hanya dengan 108 penampilan, sementara Ian Wright menerusi 143 perlawanan.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#EFL
#EPL
#jaringan 100
#Piala FA
#Theo Walcott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan