awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final

Bernama
Bernama
30/03/2024
23:30 MYT
Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final
Arif Junaidi-Yap Roy King menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov 21-17 21-17 untuk mara ke final. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Gandingan beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King semakin hampir untuk meraih gelaran sulung selepas mara ke final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, pada Sabtu.
Pasangan nombor 65 dunia itu yang bergandingan sejak Mac tahun lalu, mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan gandingan adik-beradik Popov, Christo-Toma Junior dari Perancis yang menduduki ranking ke-45 dunia dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir acara Super 300 yang berlangsung di Centro Deportivo Municipal Gallur.
Pada pentas final, Wan Muhammad Arif dan Roy King akan berdepan gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Sementara itu, Sabar-Moh Reza terpaksa menghempas pulas sebelum menewaskan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark, 21-15, 16-21, 21-15 dalam satu lagi aksi
separuh akhir.
Perlawanan akhir hari ini memberi peluang besar kepada gandingan Malaysia untuk membalas dendam kekalahan di peringkat separuh akhir di tangan beregu naib juara Orleans Masters 2024 pada Masters Indonesia 2023, 13-21, 19-21, September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024
#final
#Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
#Christo-Toma Junior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan