awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
14/11/2022
03:00 MYT
Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo
Ronaldo menyertai United buat kali pertama pada 2003, setahun sebelum Rooney ditandatangani daripada Everton dan memenangi UCL edisi 2007-08. - Foto Astro ARENA
CRISTIANO Ronaldo menganggap kritikan Wayne Rooney terhadap tingkah lakunya di Manchester United berpunca daripada rasa cemburu.
Ronaldo telah menjadi subjek kritikan hebat musim ini selepas mahu angkat kaki menjelang sepak mula kempen baru Ogos lalu.
Biarpun kekal di Old Trafford, kelibatnya tidak begitu disenangi di bawah pengurus baru, Erik ten Hag, dan dikritik secara meluas kerana enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Tottenham.
Ronaldo meluru ke arah terowong pemain ketika perlawanan itu sedang berlangsung sebelum United digantung untuk perlawanan seterusnya.
Ten Hag telah menyenaraikan semula Ronaldo, tetapi peranannya masih menjadi bahan perdebatan dengan bekas gandingannya, Rooney, melemparkan pandangan terhadap isu itu minggu ini.
Walaupun beberapa rakan sepasukan Ronaldo yang lain mempertahankannya, Rooney berkata tingkah laku pemain berusia 37 tahun itu tidak boleh diterima dan dia telah menimbulkan kekacauan.
Lantas dalam satu temu bual dengan Piers Morgan Uncensored, Ronaldo memberi maklum balasnya.
“Saya tidak tahu kenapa dia mengkritik saya dengan teruk,” katanya dalam satu wawancara yang akan disiarkan sepenuhnya minggu depan.
“Mungkin kerana dia telah menamatkan kariernya dan saya masih bermain di peringkat tinggi.
"Saya tidak akan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih baik daripada dia - itu hakikatnya."
Ronaldo menyertai United buat kali pertama pada 2003, setahun sebelum Rooney ditandatangani daripada Everton dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) edisi 2007-08.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Manchester United
#Wayne Rooney
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan