Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun (25 Julai) apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia menewaskan pilihan keempat, Satomi Watanabe dengan straight set pada perlawanan akhir hari ini.
Pemain kelahiran Pulau Pinang yang mara ke final dari pusingan kelayakan, menampilkan aksi cemerlang di Pusat Skuasy Nasional di sini, untuk menundukkan pemain Jepun itu 11-8, 11-7, 11-4 dalam masa hanya 30 minit.
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Wee Wern berkata dia tahu Satomi akan menjadi pencabarnya sejak semalam dan telahpun menjangka perlawanan akhir tidak akan mudah dan dia perlu turun habis-habisan.
"...Tetapi hari ini saya sangat gembira kerana berjaya mengatasi cabaran. Saya membuat beberapa perubahan sejak tewas pada Kebangsaan Malaysia awal bulan ini dan ia ternyata berhasil untuk diri saya.
Memang selesa untuk bertarung dengan pemain yang telah biasa beraksi..kami berlatih bersama-sama di Pulau Pinang dan dia memang pemain yang cukup berbakat, beliau banyak bergerak. Tetapi saya sedikit lebih berpengalaman daripada Satomi," katanya.
Kejayaan ini merupakan kemenangan yang kelapan dalam karier bagi Wee Wern. Kali terakhir beliau meraih kejuaraan ialah pada 2014 pada Terbuka China.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pemain Hong Kong, Tsz Fung Yip 5-11, 12-10, 11-1, 7-11, 11-5 dalam masa 52 minit.
"Ia memang sukar untuk beraksi dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, jadi saya telah membuatb segala persiapan dalam minda saya.
"Set pertama saya agak gementar tetapi nasib baik dalam set kedua, saya dapat mencari rentak perlawanan dan tahap yang saya harus beraksi dan yang lain kemudian berjalan dengan baik," katanya.
Sebagai juara, Wee Wern dan Abdulla membawa pulang hadiah, masing-masing USD2,346.50 (kira-kira RM9,534.66) dan USD5,866.25 (kira-kira RM23,831.64).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 22 2018
Low Wee Wern ketika menentang pemain Jepun Satomi Watanabe pada pusingan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2018 di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Sempena sambutan hari lahir, Neelofa serlah identiti baru
Happy belated birthday Lofa!
Wee Wern rangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia
Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.
Keluarga Najib mulakan proses undang-undang tuntut barangan yang dirampas
Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.