awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wei Feng jadi wakil tunggal negara di suku akhir terbuka Singapura

Bernama
Bernama
20/06/2013
23:37 MYT
Wei Feng jadi wakil tunggal negara di suku akhir terbuka Singapura
Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng menjadi wakil tunggal negara yang layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Pada pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura hari ini, Wei Feng bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan wakil India, Sai Praneeth B dengan keputusan 21-11, 17-21 dan 21-16 dalam pertarungan selama 53 minit.
Beliau bakal menghadapi laluan getir pada saingan suku akhir esok apabila bertemu pemain pilihan kelima Boonsak Ponsana dari Thailand.
Pemain veteran Thailand itu menempah slot suku akhir apabila mengalahkan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki 21-15 dan 21-13.
Dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Ong Jian Guo dan Teo Kok Siang nyata bukan tandingan buat pilihan utama kejohanan Ko Sung Hyun dan Lee Yong Dae dari Korea Selatan selepas kecundang 11-21 dan 12-21.
Ong yang berganding dengan Lim Yin Loo dalam acara beregu campuran menerima nasib sama selepas kalah 20-22 dan 13-21 kepada pilihan ketiga dari Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir.
Lim yang beraksi dalam acara beregu wanita bersama Lee Meng Yean pula dikecewakan oleh pasangan Jepun, Reika Kakiiwa dan Miyuki Maeda dengan kekalahan 15-21 dan 11-21.
Cabaran negara dalam acara perseorangan wanita menerusi Sonia Cheah Su Ya berakhir seawal pusingan pertama semalam selepas kalah 21-17, 9-21 dan 17-21 kepada pilihan keenam Sung Ji Hyun dari Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#Chong Wei Feng
#Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
#Sai Praneeth B
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan