SEPANG: Wira boccia negara Chew Wei Lun yang mencipta kejutan merangkul pingat perak acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyeru golongan orang kurang upaya (OKU) supaya tidak takut untuk mencuba.
Wei Lun yang merupakan pemain di ranking ke-11 dunia dan kelima terbaik Asia berkata untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup, setiap individu harus memberanikan diri untuk mencuba.
"Harap mereka boleh memberanikan diri untuk mencuba, mana tahu satu hari nanti mereka pun boleh berjaya, dapatkan pingat juga, siapa tahu?" kata atlet kelahiran Johor berusia 26 tahun itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan pesanan kepada golongan OKU yang berdepan cabaran hidup berbeza dalam usaha untuk berjaya, pada sidang media sambutan kepulangan Kontinjen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Wei Lun ditinggalkan ibunya ketika berusia empat tahun dan dijaga oleh datuknya sebelum dihantar ke rumah jagaan kanak-kanak OKU pada usia sembilan tahun, demikian menurut https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/en/results/boccia/athlete-profile-n1392757-wei-lun-chew.htm.
Bagaimanapun, dengan keazaman yang tinggi dan berbekalkan semangat tidak mudah putus asa akhirnya membawa kepada kejayaan bersejarah di Tokyo, Jepun malah beliau mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia beraksi dalam sukan boccia di pentas Paralimpik.
Sementara itu, Wei Lun berkata beliau seakan tidak percaya kepulangannya ke tanah air disambut meriah.
"Tak sangka, saya rasa macam terlalu ramai sangat," jelasnya dalam nada sebak.
"Perasaan saya sekarang masih macam tidak menyangka dapat bawa pulang pingat, sebab dari awal niat kita pergi sebab nak mempromosikan sukan ini (boccia) kepada rakyat Malaysia, itu saja," katanya.
Ketibaan beliau dan rakan atlet antaranya jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli disambut oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama dua bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Turut hadir antaranya ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Dr Radha Krishnan Sinnathamby.
Pada aksi final di Ariake Gymnastics Centre Rabu lepas, Wei Lun tewas kepada juara bertahan David Smith dari Great Britain, 2-4, untuk menghadiahkan pingat perak kedua buat negara di temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
"Harap mereka boleh memberanikan diri untuk mencuba, mana tahu satu hari nanti mereka pun boleh berjaya, dapatkan pingat juga, siapa tahu?" kata Wei Lun.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Wei Lun seru golongan OKU beranikan diri untuk mencuba
Wira boccia negara itu berkata, untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup, setiap individu harus memberanikan diri untuk mencuba.
Paralimpik Tokyo 2020: Perak kedua buat Malaysia melalui atlet Boccia, Chew Wei Lun
Malaysia meraih perak ketiga buat negara melalui atlet Boccia negara, Chew Wei Lun selepas beliau tewas kepada atlet Britain, David Smith.
Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun mengganas lagi, mara ke final
Chew Wei Lun mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final boccia di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah
Atlet boccia Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo.