awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wenger punca Ramsey alami kecederaan - Coleman

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2016
02:08 MYT
Wenger punca Ramsey alami kecederaan - Coleman
Ramsey mengalami kecederaan ketika tewas 4-3 kepada Liverpool dalam aksi pembukaan di Emirates. - Foto AFP
CHRIS Coleman mempersoal tindakan pengurus Arsenal, Arsene Wenger terhadap layanan ke atas Aaron Ramsey dengan pengurus Wales itu menegaskan pemain itu terlalu awal diturunkan setelah mengalami kecederaan di Euro 2016.
Coleman membidas pengendali Arsenal itu susulan Ramsey terpaksa diketepikan dari beraksi di Kelayakan Piala Dunia bulan depan selepas mengalami kecederaan harmstring.
Ramsey, yang sebelum ini mengakui akan terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris selepas membawa Wales ke peringkat separuh akhir di Perancis, mengalami kecederaan ketika tewas 4-3 kepada Liverpool dalam aksi pembukaan di Emirates.
Coleman bingung mengapa pemain berusia 25 tahun itu tidak diberikan masa rehat lebih panjang.
"Kami semua menjangkakan dia tidak akan beraksi dalam perlawanan pembukaan, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku apabila dia tiba-tiba turun beraksi.
"Aaron sendiri mengatakan dia akan terlepas aksi pembukaan.
"Jadi saya tidak faham kenapa dia diberikan layanan sebegitu rupa," jelas Coleman.
Topic Berkaitan
#Aaron Ramsey
#Arsenal
#Arsene Wenger
#berita sukan
#Chris Coleman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan