SUKAN
Wimbledon: Alcaraz dalam landasan tepat kekalkan status juara bertahan

Alcaraz akan berdepan Taylor Fritz dalam aksi separuh akhir bagi merebut tempat ke final Wimbledon. - Foto Reuters
PEMAIN tenis terkemuka Sepanyol, Carlos Alcaraz, berjaya menempah slot ke separuh akhir selepas cemerlang membenam cabaran Cameron Norrie dalam aksi straight set 6-2, 6-3, 6-3.
Ringkasan AI
- Carlos Alcaraz mara ke separuh akhir Wimbledon selepas menewaskan Cameron Norrie dalam straight set 6-2, 6-3, 6-3 hanya dalam masa 1 jam 39 minit.
- Alcaraz mendominasi perlawanan dengan 13 aces dan kawalan gelanggang yang mantap, manakala Norrie gagal memberi saingan.
- Juara bertahan dan pemenang lima Grand Slam itu akan berdepan Taylor Fritz dalam aksi separuh akhir bagi merebut tempat ke final Wimbledon.
Dalam perlawanan itu, Norrie, jelas tidak dapat bersaing dengan juara bertahan itu dengan keunggulan Alcaraz mendominasi aksi daripada segi servis serta kawalan gelanggang.
Finalis Sukan Olimpik Paris itu hanya memerlukan satu jam 39 minit untuk melengkapkan kemenangan bergaya itu.
Iklan
Juara Grand Slam lima kali ini berjaya mencatatkan 13 aces dan turut dibantu tiga double faults Norrie untuk pemain berusia 22 tahun ini mengetepikan cabaran lawannya.
Selepas ini, Alcaraz akan bertemu Taylor Fritz dalam aksi separuh akhir untuk menentukan kemaraan ke final Kejohanan Wimbledon. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami