TIGER Woods sudah 'sedar, responsif dan pulih' berikut prosedur pembedahan yang panjang pada kaki kanan dan pergelangan kaki selepas kemalangan kereta yang hampir membawa maut semalam.
Woods 'bernasib baik' terselamat daripada kemalangan satu kenderaan di California yang menyaksikan juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.
Bintang Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA -- di mana dirinya tertusuk besi ke dalam kakinya, dengan skru serta pin digunakan untuk menstabilkan kaki dan pergelangan kakinya.
Woods, yang terpaksa dikeluarkan daripada kenderaannya menggunakan peralatan khas, baru sahaja pulih daripada kecederaan belakang menjelang saingan Masters di Augusta April ini.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan mesej yang luar biasa selama masa sukar ini," menurut kenyataan dikeluarkan di Twitter rasmi Woods.
"Seperti yang telah disampaikan sebelum ini, Woods terlibat dalam kemalangan pada awal pagi ini (Selasa) di California. Dia telah menjalani prosedur pembedahan yang panjang di kaki kanan bawah dan pergelangan kaki setelah dibawa ke hospital.
"Dia kini sudah jaga, responsif dan pulih di bilik hospitalnya. Terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang hebat di Pusat Perubatan Harbor-UCLA, Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles, dan Jabatan Bomba. Sokongan dan bantuan anda sangat baik.
"Tidak ada kemas kini lebih lanjut buat masa ini dan kami terus mengucapkan terima kasih atas harapan dan privasi anda untuk dia dan keluarganya."
Astro Arena
Thu Feb 25 2021
Kenderaan milik Tiger Woods yang terlibat dalam kemalangan pada awal pagi Selasa di California. - Astro ARENA
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Polis tumpas dua sindiket, rampas dadah bernilai hampir RM800,000
Dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Petaling Jaya tumpas apabila lima lelaki ditahan dan lebih 32 kilogram (kg) pelbagai dadah bernilai hampir RM800,000 dirampas pada 1 dan 4 Mei lepas.
Nenek 75 tahun antara empat ditahan
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.32 juta dalam serbuan berkaitan kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di sekitar kawasan Pontian pada 4 Mei lepas.
Gagal hantar Black Hawk, MINDEF pertimbang batal
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hurikan Hilary landa California
Selatan California telah mengalami kesan ribut sejak awal Ahad dan jumlah curahan hujan mula meningkat.
Putri Ariani tampil persembahan memukau sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke 78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California
Mangsa yang cedera di kepala itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin waktu tempatan.
Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan
Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang.
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California
Sebuah pesawat kecil yang dipercayai dalam perjalanan ke Hawaii terhempas di pantai California, mengorbankan jurutebang dan pembantunya.
Gempa 5.44 pada skala Richter landa California
Gempa bumi berukuran 5.44 pada skala Richter menggegarkan 4 kilometer barat daya East Shore, California.