KUALA LUMPUR: Yayasan Real Madrid terus menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak apabila bakal memperkenal program pendidikan bola sepak tersendiri bermula Oktober ini.
Presiden Winner Takes All Dr V. Nathan yang juga penganjur bersama Klinik Yayasan Real Madrid berkata Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) dipilih bagi pelaksanaan program itu yang menggabungkan pendidikan nilai berkaitan sukan serta latihan bola sepak.
"Matlamatnya untuk menyemai nilai murni di samping meningkatkan kemahiran bola sepak peserta. Mereka boleh memilih menyertai program berkenaan seminggu sekali atau dua minggu sekali dan akan dilatih oleh jurulatih daripada Real Madrid, justeru tidak perlu lagi menunggu klinik bola sepak berkala datang ke Kuala Lumpur.
"Program ini terbuka kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun baik lelaki atau perempuan dengan kadar RM360 untuk sebulan. Ia akan menerapkan metodologi digunakan pasukan Real Madrid," katanya ketika ditemui selepas klinik bola sepak yayasan itu di ISKL di sini hari ini.
Sementara itu, seramai 135 kanak-kanak berusia lima hingga 17 tahun menyertai klinik bola sepak tersebut menerusi dua sesi yang berlangsung pada 11 hingga 13 Jun lepas dan sesi kedua yang bermula hari ini hingga Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus (kiri) menerima cenderahati jersi daripada Presiden Winner Takes All, Dr V. Nathan (kanan) ketika Klinik Yayasan Real Madrid di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Yayasan Real Madrid bakal perkenal program pendidikan bola sepak
Yayasan Real Madrid terus menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak apabila bakal memperkenal program pendidikan bola sepak tersendiri bermula Oktober ini.