awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England

Bernama
Bernama
28/02/2025
23:45 MYT
Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Ong Yew Sin ketika temu bual bersama pengamal media pada pelancaran Jejak Paddle x Sunlight Sports Club di Menara Harvey Norman, Petaling Jaya, 28 Feb 2025. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin optimis mampu memberikan cabaran di Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 dari 11 hingga 16 Mac ini, meskipun baru pulih daripada kecederaan kaki.
Atlet berusia 30 tahun itu yang sedang giat meningkatkan tahap kecergasannya percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
"Setakat ini, keadaan saya masih baik kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan. Bermula minggu ini, semuanya kembali normal.
"Kecederaan yang saya alami bukanlah sesuatu yang serius, hanya kecederaan kecil di bahagian kaki. Mungkin ia berlaku kerana faktor usia," kata Yew Sin kepada pemberita selepas pelancaran Jejak Paddle x Sunlight Sports Club di sini semalam.
Pencapaian terbaik Yew Sin dan pasangannya Teo Ee Yi di Seluruh England sekadar mara ke pusingan kedua pada edisi 2023 dan beregu ke-28 dunia itu berharap dapat melakukan lebih baik kali ini.
"Kami tahu Seluruh England bukan kejohanan mudah buat kami. Tidak pasti sama ada kami kurang bernasib baik atau tidak bermain pada tahap terbaik di sana.
"Pencapaian terbaik kami di kejohanan itu hanya pusingan kedua, jadi harapan kami kali ini dapat menembusi peringkat lebih jauh," katanya.
Selepas Seluruh England, Yew Sin-Ee Yi dijadual beraksi pada Terbuka Switzerland dari 18-23 Mac
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Seluruh England 2025
#Ong Yew Sin
#Teo Ee Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan