awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YOG 2014: Loh seakan tidak percaya berjaya raih satu lagi pingat

Bernama
Bernama
26/08/2014
00:40 MYT
YOG 2014: Loh seakan tidak percaya berjaya raih satu lagi pingat
BERJAYA: Loh (kanan) bergambar bersama pemenang pingat emas Wu Shengping dari China dan pemenang pingat perak, Krasnohlyk Gannaan dari Ukraine dalam acara terjunan 3 meter papan anjal pada YOG 2014 semalam. - fotoBERNAMA
Atlet terjun remaja negara, Loh Zhiayi seakan tidak percaya apabila berjaya menyumbang sebutir lagi pingat kepada kontinjen negara pada Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014).
Loh meraih pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal individu wanita yang berlangsung di Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium dekat sini semalam.
Atlet itu mengumpul 446.70 mata dengan perbezaan 12.4 mata di belakang pemenang pingat perak, Krasnoshlyk Ganna dari Ukraine dengan 459.10 mata.
Pingat emas menjadi milik penerjun China, Wu Shengping dengan catatan 492.05 mata untuk mengatasi 11 penerjun lain.
Pada Sabtu, Loh menyumbang pingat perak apabila berjaya mengungguli acara 10m platform individu wanita.
"Semua penerjun lain bermula dengan lebih baik, namun mereka mula banyak melakukan kesilapan pada pusingan akhir dan membuka peluang untuk saya membaiki kedudukan.
"Saya rebut dan guna sebaik mungkin peluang tersebut sehingga berjaya meletakkan diri di tempat ketiga terbaik," katanya kepada Bernama.
Loh berkata beliau tidak pernah terfikir untuk meraih pingat kedua peribadinya pada Isnin, namun berasa gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada negara.
Penerjun berusia 16 tahun itu berkata beliau tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran pingat untuk acara berpasukan antarabangsa pada Rabu ini.
"Saya tidak boleh cakap lagi...sebab tidak tahu akan berganding dengan penerjun dari negara mana, kalau digandingkan dengan penerjun dari negara hebat maka peluang untuk meraih pingat adalah lebih cerah," katanya.
Loh berkata beliau sangat gembira dengan kejayaannya semalam dan berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi pada YOG 2014 walaupun pada awalnya gagal melepasi kelayakan ke temasya sukan remaja terbesar dunia itu.
Beliau layak ke YOG 2014 selepas memperoleh kedudukan ke-10 terbaik pada Kejohanan Kelayakan YOG di Mexico Mac lalu.
Topic Berkaitan
#2014 YOG
#Atlet Terjun
#Loh Zhiayi
#Youth Olympic Games
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan