awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zairil letak jawatan Presiden FAP

Bernama
Bernama
09/10/2017
09:31 MYT
Zairil letak jawatan Presiden FAP
Zairil melepaskan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini selepas pasukan Liga Super negeri itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan. - Gambar fail/Facebook Zairil Khir Johari
Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini selepas pasukan Liga Super negeri itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.
"Harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus dan saya selaku Presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana yang amat penting selama ini.
Menjelang penutupan tirai musim Liga Malaysia 2017, Pulau Pinang hanya mampu mengumpul 12 mata daripada 21 pelawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga dengan baki satu perlawanan.
Beliau berkata pasukan pengurusan telah melakukan yang terdaya dan yang terbaik untuk pasukan Harimau Kumbang namun nasib tidak menyebelahi Pulau Pinang.
"Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan tetapi keputusannya masih sama," katanya.
Namun, Zairil berkata beliau bangga dengan program pembangunan akar umbi apabila pasukan bawah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP telah berjaya diwujudkan.
"Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China," katanya.
Zairil, yang sebelum ini, memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukan, merupakan presiden FAP yang kedua meletak jawatan tahun ini selepas Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff mengundur diri pada awal Januari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAP
#letak jawatan
#Liga Perdana
#Liga Super
#pasukan negeri
#pulau pinang
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan