awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zidane kecewa layangan kad merah

Astro Arena
Astro Arena
27/10/2017
02:29 MYT
Zidane kecewa layangan kad merah
ZIDANE: Saya tidak boleh senang hati. - Reuters
ZINEDINE ZIDANE tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Jesus Vallejo dilayangkan kad merah ketika menentang Fuenlabrada dalam aksi Copa del Rey di Estadio Fernando Torres, awal pagi tadi.
Pengendali dari Perancis itu menamakan kesebelasan utama dengan membariskan pemain-pemain muda seperti Achraf Hakimi, Borja Mayoral, Dani Ceballos, Marcos Llorente dan Marco Asensio.
Tatkala perlawanan bakal berakhir dengan keputusan bersih tanpa sebarang jaringan dilepaskan, Vallejo dilihat cuba menghalang usaha ketua pasukan tuan rumah, Luis Milla, namun akhirnya diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.
"Saya tidak boleh senang hati, Vallejo juga jelas tidak gembira dengan kad merah itu tetapi saya tetap gembira dengan persembahannya dalam keseluruhan perlawanan," kata Zidane.
Dalam masa sama, pemenang anugerah pengurus The Best 2017 itu turut menzahirkan pujian kepada semua pemain-pemainnya selepas menurunkan barisan uji kaji yang dianggap masih mentah daripada segi pengalaman.
"Kami bersabar, menjaringkan dua gol dan tidak dibolosi. Semua pemain bermain dengan baik. Itu yang penting dan kami berpuas hati dengan keputusan yang diraih," tambahnya.
Seorang lagi pemain, Llorente, yang turut meraih peluang beraksi selepas ketiadaan pemain-pemain utama seperti Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos dan Toni Kroos gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Zidane kepada barisan pemain muda.
"Pengurus membuatkan seluruh pasukan rasa dapat menyumbang sesuatu. Dia memberikan kami peluang dan kami berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik pada hari ini," ujar Zidane.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Jesus Vallejo
#kad merah
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan