awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia kini di kedudukan kelapan dunia, tertinggi dalam kerjayanya

Bernama
Bernama
24/03/2021
09:14 MYT
Zii Jia kini di kedudukan kelapan dunia, tertinggi dalam kerjayanya
Pemain berusia 22 tahun itu mengumpul 69,389 mata daripada 25 pertandingan disertainya untuk ranking terbaik dalam kerjayanya. - Gambar/ Twitter BAM
KUALA LUMPUR: Kedudukan pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia meningkat dua anak tangga ke tangga kelapan dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas ranking dunia dalam sukan itu dikemas kini pada tengah malam Selasa.
Selepas memperoleh 12,000 mata dalam Kejohanan All England, pemain berusia 22 tahun itu mengumpul 69,389 mata daripada 25 pertandingan disertainya untuk ranking terbaik dalam kerjayanya selepas termasuk dalam kedudukan 10 teratas Mac tahun lepas, menurut laman sesawang rasmi BWF, https://bwfbadminton.com.
Kemenangan di Arena Utilita, Birmingham pada Ahad lepas membantu anak Kedah itu memintas Angus Ng Ka Long dari Hong Kong (69,270 mata) dan Wang Tzu-wei dari Taiwan (63,393 mata).
Zii Jia memenangi Kejohanan All England selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark, 30-29, 20-22, 21-9.
Bintang Jepun Kento Momota kekal nombor satu dunia dengan 109,118 mata daripada 15 kejohanan, termasuk 6,600 mata daripada pertandingan berprestij All England walaupun tewas 16-21 dan 19-21 di tangan Zii Jia dalam perlawanan suku akhir.
Jaguh Denmark Axelsen (98,486) dan Anders Antonsen (94,875) juga kekal dalam kelompok tiga teratas.
Juara beregu wanita dalam Terbuka Switzerland Pearly Tan - M Thinaah juga menokok tiga anak tangga, selepas memperoleh 6,000 mata setelah mara ke suku akhir All England untuk berada ditangga ke-19 dunia dengan 47,015 mata.
Dalam kategori perseorangan wanita, Soniia Cheah (38,931 mata) menurun satu anak tangga ke tangga 33 sementara S Kisona (25,184 mata) naik dua anak tangga untuk berada di ranking ke-60.
Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga menokok satu anak tangga ke kedudukan ke-11 dunia dengan 62,770 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#perseorangan negara
#Lee Zii
#ranking
#Dunia
#kelapan
#BWF
#persekutuan badminton dunia
#tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan