awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia tarik diri Terbuka China 2025

Bernama
Bernama
15/07/2025
08:47 MYT
Zii Jia tarik diri Terbuka China 2025
Pemain profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Terbuka China 2025 bermula 22 hingga 27 Julai ini di Changzhou. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Terbuka China 2025 bermula 22 hingga 27 Julai ini di Changzhou.
Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 27 itu disenaraikan sebagai 'menarik diri' daripada kejohanan bertaraf Super 100 itu.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Team LZJ mengenai status terkini pemain yang turut menarik diri daripada Terbuka Jepun yang membuka tirai hari ini.
Zii Jia mengalami kecederaan buku lali semasa Jelajah Dunia Akhir pada Disember lepas dan kembali bertanding pada Mac di Orleans Masters tetapi terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen 23-21, 21-7.
Beliau kemudian beraksi di Kejohanan Seluruh England 2025 di Birmingham dari 11-16 Mac yang menyaksikan Zii Jia tersingkir di pusingan pertama kepada wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-19, 16-21, 12-21.
Pemain yang kini berada di ranking ke-27 dunia, telah menarik diri daripada Terbuka Switzerland pada Mac susulan kecederaan buku lali dialaminya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#tarik diri
#Terbuka China 2025
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan