awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan

Bernama
Bernama
03/01/2025
14:43 MYT
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain nombor enam dunia itu terpaksa membuat keputusan tersebut selepas masih belum sepenuhnya pulih daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.
"Penyertaannya di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut dijadualkan pada bulan ini masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihannya sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.
Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini diundi untuk bertemu pemain Taiwan Su Li Yang pada aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta).
Di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, Zii Jia terpaksa menarik diri ketika mendahului set kedua bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam aksi terakhir Kumpulan A.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#tarik diri
#Terbuka Malaysia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan