Skip to main content

Teknologi

Anthropic dedah Claude kendalikan suku daripada kerja pembangunan AI

Claude app icon in this illustration taken June 5, 2026. REUTERS
Perkembangan itu membolehkan Claude melaksanakan sebahagian besar rantaian tugasan secara menyeluruh di bawah penyeliaan dan arahan penyelidik manusia dalam usaha membangunkan teknologi AI generasi seterusnya. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

Syarikat kecerdasan buatan (AI) Anthropic berkongsi data terbaharu yang menunjukkan model AI Claude kini menerajui 26 peratus daripada kerja pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalaman syarikat itu setakat Ogos 2026, lapor Amanz.

Perkembangan itu membolehkan Claude melaksanakan sebahagian besar rantaian tugasan secara menyeluruh di bawah penyeliaan dan arahan penyelidik manusia dalam usaha membangunkan teknologi AI generasi seterusnya.

Angka tersebut meningkat mendadak berbanding kurang daripada satu peratus pada Februari 2026. Menurut data yang dinilai menggunakan rangka kerja automasi oleh organisasi penyelidikan Epoch AI, peningkatan itu menunjukkan model AI kini memainkan peranan yang semakin besar dalam mempercepatkan pembangunan sistem AI yang lebih berkeupayaan.

Pada masa sama, Anthropic berkata industri turut memberi perhatian terhadap implikasi penggunaan AI dalam membangunkan generasi AI yang seterusnya atau proses yang dikenali sebagai peningkatan kendiri berulang (recursive self-improvement).

Syarikat itu berkata trend berkenaan berpotensi menyukarkan manusia memahami atau mengawal sistem yang lebih canggih pada masa hadapan, walaupun ketika ini pelaksanaannya masih berada di bawah pemantauan dan kawalan manusia yang ketat.

Must Watch Video

Advertisement