Skip to main content

Teknologi

ByteDance lancar Seedance 2.5, jana video AI sehingga 30 saat

Sumber: YouTube Aivoxy
Model generasi baharu itu dijangka ditawarkan di China seawal Julai 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat dalam bidang penjanaan video AI. -Foto YouTube
Advertisement

BEIJING: Gergasi teknologi ByteDance memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharu, Seedance 2.5, yang mampu menjana video berkualiti tinggi berdurasi sehingga 30 saat dalam satu klip berterusan, lapor Amanz.

Model generasi baharu itu dijangka ditawarkan di China seawal Julai 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat dalam bidang penjanaan video AI.

Selain tempoh video yang lebih panjang, Seedance 2.5 turut menyokong sehingga 50 input multimodal, termasuk imej, audio dan rujukan visual lain, bagi meningkatkan kawalan terhadap hasil penjanaan.

Teknologi itu turut menitikberatkan konsistensi antara bingkai video, sekali gus menghasilkan pergerakan visual yang lebih stabil dan realistik.

Ciri tersebut berpotensi meningkatkan penggunaan AI dalam industri kreatif, termasuk penghasilan kandungan digital, pemasaran dan produksi video.

Dalam masa sama, ByteDance turut menaik taraf model Seedance 2.0 sedia ada dengan keupayaan menghasilkan video pada resolusi tinggi 4K.

 

Must Watch Video

Advertisement