Skip to main content

Teknologi

Ciri Dear Algo di Threads benarkan pengguna ubah algoritma kandungan buat sementara

Ciri Dear Algo Di Threads Mengubah Algoritma Kandungan Susur Masa Untuk Seketika - AMANZ
Ciri tersebut membolehkan pengguna menyesuaikan paparan kandungan pada susur masa dengan menulis hantaran awam yang bermula dengan frasa “Dear Algo”, diikuti permintaan mengenai topik yang mahu dilihat lebih atau kurang. -Foto Amanz

Algoritma media sosial sering membantu memaparkan topik yang relevan, namun ada kalanya ia memunculkan kandungan yang tidak diingini seperti spoiler filem atau acara sukan.

Bagi mengurangkan situasi sedemikian, Threads memperkenalkan ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai Dear Algo.

Advertisement

Ciri tersebut membolehkan pengguna menyesuaikan paparan kandungan pada susur masa dengan menulis hantaran awam yang bermula dengan frasa “Dear Algo”, diikuti permintaan mengenai topik yang mahu dilihat lebih atau kurang.

Meta menjelaskan bahawa permintaan ini akan melaras saranan kandungan selama tiga hari sebelum kembali kepada algoritma asal.

Threads turut membenarkan pengguna menyiarkan semula (repost) arahan Dear Algo daripada pengguna lain untuk menggunakan tetapan yang sama pada susur masa mereka.

Fungsi ini menjadikan penyesuaian kandungan sebagai pengalaman komuniti dan memudahkan pengguna mengelakkan topik yang tidak diingini seperti spoiler rancangan TV atau perbincangan yang kurang relevan.

Pada masa ini, ciri Dear Algo dilancarkan kepada pengguna Threads di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan New Zealand, dengan perancangan untuk diperluaskan secara berperingkat ke negara lain. -Amanz

 

Must Watch Video