GOOGLE hari ini melancarkan Gemini 3.1 Pro, model kecerdasan buatan terbaharu yang direka untuk memproses tugas lebih kompleks termasuk penjelasan topik rumit, sintesis data serta bantuan projek kreatif.
Dalam ujian penanda aras ARC‑AGI‑2, Gemini 3.1 Pro mencatatkan markah 77.1%, iaitu lebih dua kali ganda berbanding 31.1% yang direkodkan Gemini 3 Pro sebelum ini, menunjukkan peningkatan ketara dalam keupayaan penaakulan.
Advertisement
Model ini turut meningkatkan keupayaan penjanaan visual dengan sokongan untuk menghasilkan animasi SVG yang ringan, berskala dan tidak mengalami kehilangan kualiti, sekali gus menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan pembangunan kreatif serta projek web.
Gemini 3.1 Pro kini boleh diakses menerusi aplikasi Gemini untuk pelanggan pelan Google AI Pro dan Ultra, selain ditawarkan dalam NotebookLM secara eksklusif kepada pengguna berbayar.
Ia juga tersedia untuk pembangun melalui AI Studio, Antigravity, Vertex AI, Gemini Enterprise, Gemini CLI serta Android Studio. -Amanz