MOUNTAIN VIEW: Google mengumumkan bahawa semua pembangun aplikasi Android yang menyokong log masuk pengguna perlu melaksanakan ciri pemindahan data yang lebih lancar bagi membolehkan pengguna mengakses aplikasi pada peranti baharu tanpa perlu log masuk semula ke setiap aplikasi secara berasingan.
Langkah terbaharu itu menyaksikan pelaksanaan standard keselamatan dikenali sebagai Zero-Tap Sign-In, yang akan menjadi keperluan wajib di Google Play mulai April 2027, lapor Amanz.
Melalui ketetapan baharu itu, maklumat akaun dan status log masuk pengguna akan dipulihkan secara automatik ke peranti Android baharu ketika proses pemindahan peranti dilakukan.
Bagi merealisasikan fungsi berkenaan, pembangun aplikasi diwajibkan menggunakan Android Restore Credentials API yang membolehkan keadaan log masuk pengguna dipulihkan secara automatik pada peranti baharu.
Menurut Google, ciri itu membolehkan pengguna diiktiraf dan dilog masuk secara selamat sebaik sahaja aplikasi dibuka buat kali pertama pada peranti baharu tanpa memerlukan langkah tambahan.
Walau bagaimanapun, keperluan Zero-Tap Sign-In tidak terpakai kepada permua buat masa ini, manakala panduan dan penyelesaian khusus bagi pengesahan pengguna dalam kategori itu dijangka diperkenalkan pada 2027.
Google bagaimanapun menggalakkan pembangun permua mempertimbangkan integrasi ciri tersebut lebih awal sekiranya ia sesuai dengan keperluan aplikasi masing-masing.