Skip to main content

Teknologi

iPhone, iPad jadi peranti pengguna pertama lepasi piawaian keselamatan NATO

61711431766_tbIphone.jpg
Peranti berkenaan melepasi penilaian keselamatan komprehensif oleh Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI), merangkumi ujian teknikal serta analisis platform sebelum diperakui untuk kegunaan seluruh negara anggota NATO. -Gambar fail

APPLE iPhone dan iPad kini menjadi peranti pengguna pertama yang diluluskan untuk mengendalikan maklumat terperingkat NATO pada tahap “NATO Restricted”, tanpa memerlukan perisian khas atau tetapan tambahan.

Kelulusan ini meliputi peranti yang menjalankan iOS 26 dan iPadOS 26.

Advertisement

Menurut ZDNet dan Apple, peranti berkenaan telah melepasi penilaian keselamatan komprehensif oleh Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI), merangkumi ujian teknikal mendalam serta analisis platform sebelum diperakui untuk kegunaan seluruh negara anggota NATO.

Apple berkata ciri keselamatan terbina—termasuk penyulitan data tahap tinggi, Face ID, Touch ID, serta ciri Memory Integrity Enforcement—membolehkan iPhone dan iPad digunakan dalam persekitaran sensitif tanpa sebarang konfigurasi khas.

Sebelum ini, iPhone dan iPad sudah diluluskan untuk mengendalikan data sulit kerajaan Jerman.

Pencapaian terbaharu ini menandakan pertama kali peranti pengguna biasa tersenarai dalam NATO Information Assurance Product Catalogue, yang selama ini lazimnya dipenuhi peranti khusus kerajaan dan pertahanan.

Apple turut menegaskan bahawa pendekatan keselamatan terbina dari peringkat perkakasan hingga perisian menjadikan peranti mereka sesuai untuk kegunaan wartawan, aktivis serta pengguna yang memerlukan perlindungan privasi lebih ketat, termasuk melalui ciri Lockdown Mode yang sedia ditawarkan.

Must Watch Video