Skip to main content

Teknologi

Meta tingkatkan keselamatan dalam talian melalui teknologi lebih pintar

Sumber: AMANZ
WhatsApp kini memaparkan amaran apabila terdapat percubaan pautan yang meragukan, termasuk menunjukkan dari mana permintaan itu dihantar bagi membantu pengguna membuat keputusan sebelum terjerat. -Foto Amanz

PENIPUAN dalam talian terus meningkat dengan taktik jenayah siber yang semakin licik dan sukar dikesan.

Bagi menangani ancaman ini, Meta memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baharu merentasi Facebook, WhatsApp dan Messenger, lapor Amanz.

Advertisement

Di Facebook, Meta sedang menguji sistem amaran yang memberi peringatan apabila pengguna menerima atau menghantar permintaan rakan daripada akaun yang menunjukkan tanda mencurigakan, termasuk profil dengan sedikit rakan bersama atau lokasi berbeza daripada pengguna.

Di WhatsApp pula, penipu dikesan cuba memautkan akaun mangsa ke peranti mereka melalui kod pautan atau QR palsu.

WhatsApp kini memaparkan amaran apabila terdapat percubaan pautan yang meragukan, termasuk menunjukkan dari mana permintaan itu dihantar bagi membantu pengguna membuat keputusan sebelum terjerat.

Messenger turut menerima naik taraf keselamatan melalui sistem pengesanan penipuan berasaskan AI.

Jika perbualan baharu menyerupai pola penipuan seperti tawaran kerja palsu, Messenger akan memberi amaran dan mencadangkan tindakan seperti menyekat atau melaporkan akaun terbabit.

Pengguna turut diberikan maklumat tambahan mengenai jenis penipuan untuk meningkatkan kesedaran.

Selain ciri keselamatan baharu, Meta berkongsi kejayaan operasi besar-besaran bersama agensi penguatkuasaan global yang berjaya menumpaskan rangkaian penipuan di Asia Tenggara, mematikan lebih 150,000 akaun dan membawa kepada beberapa tangkapan.

Langkah undang-undang tambahan turut diambil terhadap pelbagai jenayah siber termasuk perjudian dalam talian, pengumpulan data haram dan penipuan menggunakan umpan selebriti.

Must Watch Video