Skip to main content

Teknologi

Seoul perluas skop undang-undang pengintipan bagi lindungi sektor semikonduktor

Korea Ketatkan Undang-Undang Pengintipan Elak Rahsia Semikonduktor, Bateri dan AI Dicuri
Langkah itu diambil bagi melindungi teknologi strategik negara tersebut, termasuk semikonduktor, paparan, bateri dan kecerdasan buatan daripada dicuri pihak asing. -Foto Amanz
Advertisement

SEOUL: Korea Selatan mengetatkan undang-undang pengintipan sedia ada dengan memperluaskan skopnya kepada semua negara asing, berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu kepada ancaman dari Korea Utara.

Langkah itu diambil bagi melindungi teknologi strategik negara tersebut, termasuk semikonduktor, paparan, bateri dan kecerdasan buatan daripada dicuri pihak asing, lapor Amanz.

Menerusi Rang Undang-Undang (RUU) terbaharu itu, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan melakukan aktiviti pengintipan bagi pihak negara asing boleh dikenakan hukuman penjara minimum tiga tahun.

Sebelum pindaan tersebut, kes pengintipan yang melibatkan negara asing selain Korea Utara lazimnya hanya boleh didakwa di bawah peruntukan berkaitan rahsia perdagangan atau teknologi industri yang membawa hukuman lebih ringan.

Perubahan perundangan itu dilakukan susulan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk insiden membabitkan bekas kakitangan Samsung yang didakwa memindahkan teknologi memori kepada syarikat China, CXMT.

Sebelum itu, Samsung turut memfailkan saman terhadap pengeluar paparan dari China, BOE, berhubung dakwaan kecurian paten teknologi OLED dalam pertikaian undang-undang yang dilaporkan masih berlangsung di mahkamah.

Must Watch Video

Advertisement