Skip to main content

Teknologi

Skyworth ganti Panasonic sebagai pengeluar TV, Jepun hilang lagi satu ikon elektronik

81515147320_panasonic.jpg
Panasonic bagaimanapun akan terus menyediakan kepakaran teknikal, memastikan kawalan kualiti serta bekerjasama dalam pembangunan bersama model OLED kelas atasan.

TOKYO: Jepun yang suatu ketika dahulu sinonim dengan penghasilan peralatan elektronik dunia terus menyaksikan perubahan besar dalam landskap industrinya, apabila Panasonic kini menarik diri daripada mengeluarkan TV jenama sendiri.

Perkembangan itu hadir selepas beberapa pesaing seperti Sony turut mengalihkan pembuatan TV mereka kepada pengeluar luar, termasuk TCL.

Advertisement

Menurut laporan FlatpanelsHD, pengeluaran, pemasaran dan penjualan TV Panasonic akan diambil alih oleh Skyworth, syarikat berpangkalan di Shenzhen, China.

Panasonic bagaimanapun akan terus menyediakan kepakaran teknikal, memastikan kawalan kualiti serta bekerjasama dalam pembangunan bersama model OLED kelas atasan.

Sokongan selepas jualan juga kekal diuruskan oleh Panasonic.

Sebelum ini, Panasonic hanya menghasilkan model mercu secara dalaman, manakala model kelas pertengahan telah dikilangkan oleh pihak ketiga sejak 2021 — langkah yang selari dengan penurunan jualan TV syarikat berkenaan.

Pada era kegemilangannya, Panasonic pernah menjadi jenama TV nombor satu dunia, dipacu kelebihan teknologi plasma yang mendominasi awal 2000‑an.

Namun, kedudukan itu kini diterajui Samsung yang menjadi peneraju global dalam pasaran televisyen.

Must Watch Video