Skip to main content

Teknologi

Sokongan Windows 10 dilanjutkan setahun lagi ke Oktober 2027

AMANZ
- Foto Amanz
Advertisement

PADA 14 Oktober 2025, sokongan untuk Windows 10 telah ditamatkan secara rasmi oleh Microsoft.

Komputer peribadi (PC) dengan Windows 10 masih boleh digunakan seperti biasa tetapi tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini ciri-ciri baharu ataupun tampalan sekuriti.

Microsoft sekadar mengatakan hanya kemas kini sekuriti diberikan sehingga 13 Oktober 2026.

Terkini, pagi ini, Microsoft secara rasmi mengatakan sokongan Windows 10 ESU (Extended Security Updates) akan dilanjutkan pula sehingga 12 Oktober 2027.

Pengguna dengan kelengkapan yang memenuhi kelayakan minima digalakkan untuk menaik taraf sistem operasi ke Windows 11 dengan segera.

Pemilik PC Windows 10 perlu membayar AS$30 dolar atau menerima kemas kini percuma dengan melakukan sandaran fail ke OneDrive atau menebus menggunakan 1000 markah Microsoft Points.

Semua ini boleh dilakukan menerusi Settings > Update and Security > Windows Update > Enroll now .

Tindakan Microsoft menamatkan sokongan Windows 10 sebelum ini menerima kritikan kerana sekitar 41% PC di dunia masih lagi menggunakan sistem operasi yang dilancarkan lebih 10 tahun lalu. - Amanz

 

Must Watch Video

Advertisement