SONY telah mengumumkan set kepala Sony PlayStation VR2 akan boleh digunakan di PC tahun ini.

Mereka telahpun memulakan ujian bagi menyokong set kepala VR ini di PC.

Maklumat lebih lanjut akan dikongsi oleh Sony dalam masa terdekat.

Ini ialah langkah yang baik daripada Sony kerana ia akan membuatkan pembelian set kepala berharga RM2,799 ini lebih berbaloi.

Jumlah permainan VR di konsol PlayStation 5 masih lagi agak terhad jika dibandingkan dengan yang ditawarkan di PC.

Kami sendiri sudah agak lama tidak menggunakan PS VR2 di rumah kerana kekurangan permainan yang menarik.

Sony mula menyedari menyokong lebih banyak platform selain PlayStation ialah langkah yang bijak.

Strategi pengenalan permainan Helldivers 2 di PlayStation5 dan PC secara serentak telah memecahkan rekod di Steam minggu lalu. -Amanz