Skip to main content

Teknologi

TikTok Shop kenakan SST 6 peratus ke atas perkhidmatan penghantaran mulai 1 Sep

https://amanz.my/2026578101
Langkah itu menyusuli penstrukturan semula operasi syarikat yang menyaksikan perkhidmatan logistik TikTok Shop di Malaysia kini dikendalikan oleh TikTok Shop (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang TikTok Shop akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus ke atas perkhidmatan penghantaran bermula 1 September ini, lapor Amanz.

Bagaimanapun, bagi mengurangkan beban penjual sepanjang tempoh peralihan, TikTok Shop akan menanggung sepenuhnya cukai berkenaan dari 1 hingga 6 September sebelum mengenakannya sepenuhnya bermula 7 September 2026.

Langkah itu menyusuli penstrukturan semula operasi syarikat yang menyaksikan perkhidmatan logistik TikTok Shop di Malaysia kini dikendalikan oleh TikTok Shop (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia.

Selain yuran penghantaran standard, cukai perkhidmatan itu turut dikenakan ke atas beberapa komponen logistik lain termasuk caj pesanan gagal, caj penghantaran awal serta caj penghantaran pemulangan.

Jurucakap platform berkenaan berkata SST enam peratus itu hanya dikira berdasarkan yuran perkhidmatan logistik bungkusan dan bukan ke atas harga jualan akhir produk yang ditawarkan oleh penjual.

Langkah itu menambah kos operasi yang perlu ditanggung usahawan digital di platform berkenaan selepas pengenalan Yuran Sokongan Platform sebanyak 50 sen bagi setiap transaksi jualan domestik yang berjaya sejak 15 Februari lalu.

 

Must Watch Video

Advertisement