Skip to main content

Teknologi

WhatsApp bangunkan kata laluan baharu ganti PIN enam digit

WhatsApp Bangunkan Sokongan Kata Laluan Sebagai Alternatif PIN Enam Digit. Amanz.my
Menerusi ciri tersebut, pengguna boleh mencipta kata laluan yang lebih panjang menggunakan gabungan aksara huruf dan nombor, berbanding sistem sedia ada yang hanya menggunakan enam digit. -Foto Amanz
Advertisement

MENLO PARK: WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri keselamatan baharu yang membolehkan pengguna menggunakan kata laluan alfanumerik sebagai ganti PIN enam digit dalam sistem pengesahan dua langkah, lapor Amanz.

Langkah itu dilihat berpotensi meningkatkan tahap keselamatan akaun kerana kata laluan yang menggabungkan huruf dan nombor menawarkan lebih banyak kombinasi berbanding PIN berangka semata-mata.

Menerusi ciri tersebut, pengguna boleh mencipta kata laluan yang lebih panjang menggunakan gabungan aksara huruf dan nombor, berbanding sistem sedia ada yang hanya menggunakan enam digit.

Penggunaan kata laluan alfanumerik dijangka menghasilkan bilangan kombinasi yang jauh lebih besar, sekali gus menambah lapisan perlindungan terhadap akses tanpa kebenaran ke akaun pengguna.

Menurut laporan, WhatsApp sedang membangunkan versi baharu sistem pengesahan dua langkah yang berpotensi menggantikan PIN enam digit dengan kata laluan khusus.

Bagi memudahkan proses peralihan, WhatsApp dijangka menyediakan antara muka tetapan baharu bagi membantu pengguna mencipta kata laluan yang memenuhi standard keselamatan yang disyorkan.

Bagaimanapun, ciri pengesahan dua langkah itu dijangka kekal sebagai pilihan tambahan dan tidak diwajibkan ke atas semua pengguna.

Buat masa ini, fungsi berkenaan masih berada pada peringkat pembangunan dan belum ditawarkan kepada kumpulan penguji beta.

 

 

Must Watch Video

Advertisement