Skip to main content

Teknologi

Windows 11 terima kemas kini baharu, aplikasi kini dibuka lebih pantas

71768880856_Windows.jpg
Ciri tersebut merupakan kesinambungan kepada inisiatif peningkatan prestasi yang diperkenalkan Microsoft sebelum ini bagi menjadikan Windows 11 lebih responsif ketika digunakan. -Foto Amanz
Advertisement

REDMOND: Microsoft mengeluarkan kemas kini Windows 11 bagi Ogos 2026 menerusi pakej KB5121003 pada 11 Ogos, yang antara lain memperluaskan penggunaan ciri Low Latency Profile untuk mempercepatkan pelancaran aplikasi.

Ciri tersebut merupakan kesinambungan kepada inisiatif peningkatan prestasi yang diperkenalkan Microsoft sebelum ini bagi menjadikan Windows 11 lebih responsif ketika digunakan.

Low Latency Profile berfungsi dengan meningkatkan frekuensi CPU secara sementara ketika interaksi berkeutamaan tinggi sebelum kembali kepada penggunaan kuasa biasa.

Menerusi kemas kini terbaharu itu, keupayaan berkenaan tidak lagi terhad kepada komponen sistem seperti menu Start dan Windows Search, malah diperluaskan kepada pelancaran aplikasi termasuk perisian pihak ketiga.

Menurut laporan, perubahan tersebut membantu mengurangkan kelewatan singkat antara tindakan pengguna membuka aplikasi dan kemunculan aplikasi itu pada skrin, sekali gus menjadikan Windows 11 terasa lebih pantas digunakan.

KB5121003 turut merangkumi kemas kini keselamatan bulanan, penambahbaikan kepada Windows Search, serta beberapa pembetulan pepijat dan peningkatan kestabilan sistem.

Microsoft melaksanakan sebahagian ciri baharu secara berperingkat, justeru tidak semua pengguna semestinya menerima fungsi tersebut sebaik sahaja kemas kini dipasang.

Pengguna Windows 11 boleh memasang kemas kini KB5121003 melalui Windows Update atau memuat turunnya secara manual menerusi Microsoft Update Catalog.

Must Watch Video

Advertisement