Skip to main content

Malaysia

Bukit Bintang ‘berubah wajah’, kempen Nothing tampilkan Charli XCX di Kuala Lumpur

Charli xcx yang telah menyertai Nothing sebagai duta jenama global pertama dan pemegang saham syarikat... kredit AWANI
Charli XCX menyertai Nothing sebagai duta jenama global pertama dan pemegang saham syarikat.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kawasan tumpuan pelancong Bukit Bintang ‘berubah wajah’ minggu ini apabila jenama teknologi global, Nothing, melancarkan kempen pengiklanan luar rumah (OOH) berskala besar yang menampilkan artis antarabangsa, Charli XCX.

Menerusi kempen global dikenali sebagai ‘NOTHING (CHARLI XCX)’, wajah penyanyi kelahiran Britain itu dipaparkan pada skrin digital bersaiz besar di sekitar kawasan Segi Tiga Emas, sekali gus menarik perhatian orang ramai di ibu negara.

Pelancaran di Kuala Lumpur itu menyusul selepas pengumuman Charli XCX sebagai duta jenama global pertama Nothing serta pemegang saham syarikat berkenaan.

Selain paparan digital di Bukit Bintang, Nothing turut menampilkan visual kempen bagi siri Phone (4a) dan Headphone (a) menerusi poster aras jalan di seluruh Kuala Lumpur.

Pendekatan dua lapisan itu menyaksikan jenama berkenaan muncul bukan sahaja pada latar langit bandar melalui skrin digital format besar, malah lebih dekat dengan orang ramai menerusi poster gaya jalanan di laluan harian.

Charli XCX atau nama sebenarnya Charlotte Emma Aitchison menyertai barisan tokoh budaya global seperti The Weeknd, Casey Neistat dan Swedish House Mafia yang menyokong Nothing sebagai platform yang menggabungkan teknologi dengan ekspresi kreatif.

Menurut Nothing, kempen ini mencerminkan pendekatan jenama itu yang menampilkan kehadiran secara langsung, visual dan minimal, selain meletakkan produk mereka dalam konteks budaya serta gaya hidup pengguna.

Langkah tersebut juga selari dengan strategi lebih luas untuk membangunkan teknologi yang merentasi reka bentuk, budaya dan ekspresi diri, berbanding pendekatan pengiklanan teknologi konvensional.

Nothing yang diasaskan di London menyasarkan untuk menjadikan teknologi lebih menarik dan memberi inspirasi kepada pengguna, selain terus berkembang sebagai antara jenama teknologi pengguna paling pesat meningkat di peringkat global.

Must Watch Video

Advertisement