SIAPA lelaki paling kacak di dunia tahun ini? Fattah Amin? Itu mungkin pilihan anda dan yang pasti itu pilihan Fazura.

Laman web World's Top Most tahun ini menyenaraikan 10 lelaki paling kacak 2018 meliputi pelbagai latar belakang dari putera diraja, pelakon sehinggalah model. Dari Eropah sehinggalah ke Asia.

Berikut senarai Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut World's Top Most.

10. Putera Williams

Dilahirkan pada 21 Jun 1982 di United Kingdom, Williams merupakan putera sulung kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana.

Berkahwin dengan Catherine Middleton pada April 2011, Williams cukup dikenali dengan keramahannya selain aktif dalam program kemanusiaan dan alam sekitar.

9. Tom Cruise

Bagaikan tidak dimamah usia itulah yang dapat dilihat pada pelakon Mission Impossible ini. Lahir pada 3 Julai 1962, Cruise sudah menawan hati peminatnya di seluruh dunia sejak lebih tiga dekad lalu.

Tidak sekadar tampan, Cruise juga cemerlang dalam bidang lakonan dengan tiga Anugerah Golden Globe sudah berada dalam genggamannya.

8. Noah Mills

Pelakon dan model Kanada ini lahir pada 26 April 1983. Dengan ketinggian lebih enam kaki sepasang mata dan rambut berwarna perang melengkapkan ciri lelaki menawan pada Mills.

Tidak mahu terlalu memikirkan Bollywood, Mills lebih selesa menumpukan kerjaya lakonan dan peragaaan di negara kelahirannya.

7. Salman Khan

Jangan terkejut kerana pelakon berusia 53 tahun ini turut disenaraikan. Menjadi ikon perfileman Bollywood sejak era 80-an lagi Salman masih pegang watak hero sehingga kini.

Pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita, Salman sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga.

6. Omar Borkan Al Gala

Mungkin tidak dikenali di Malaysia namun jejaka berusia 29 tahun ini cukup terkenal di Asia Barat.

Lahir di Iraq pada 23 September 1989, Omar jadi kegilaan ramai gadis malah pernah menerima hadiah kereta daripada salah seorang peminat wanitanya.

5. Denzel Washington

Denzel Washington

Pelakon kategori A Hollywood ini cukup cemerlang di layar perak terutama menerusi lakonannya sebagai pejuang Islam kulit hitam Amerika Syarikat, Malcolm X.

Genap usia 63 tahun pada 28 Disember lalu. Washington masih tegap malah masih mampu melakonkan babak aksi.

4. Robert Pattinson

Namanya meningkat naik selepas membintangi trilogi filem pontianak Twilight. Pattinson yang lahir di United Kingdom sebenarnya memiliki kemahiran lain iaitu menggubah muzik.

Pada 2008 Pattinson pernah dinamakan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh People Magazine.

3. Godfrey Gao

Godfrey Gao

Lahir di Taiwan pada 22 September 1984 Gao memiliki ketelitian dalam soal berpakaian.

Model yang terjun dalam dunia lakonan ini memiliki aura tersendiri sehingga mampu mencairkan hati wanita yang menatap wajahnya. Namun sehingga kini masih hidup solo.

2. Brad Pitt

Memiliki pesona tersendiri, Pitt memang layak berada dalam senarai ini. Ketepikan kisah peribadinya yang lara, Pitt adalah permata Hollywood. Tidak hanya sekadar berlakon dia juga adalah seorang penerbit.

Berusia 53 tahun dan sudah dua kali menduda, Pitt bukan hanya aktif di pentas lakonan malah juga terkenal dengan kerja-kerja amal.

1. Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Pernah dianggap sebagai pencabar kepada Shah Rukh Khan satu ketika dahulu, Hrithik sebenarnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi pelakon Bollywood lain.

Tidak hanya tampan, pelakon Kaho Na Pyaar Hai ini yang kini berusia 44 tahun juga memiliki bentuk tubuh yang menarik dan semestinya pandai menari.